Tuesday 26 July 2011

:: pEriNgAtaN bUat wAnitA ::


wahai si isteri, jaga lah beberape perkara ini
-Perbanyakkanlah mengingati Allah, kerana dengan mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
-Perbanyakkanlah membaca Al-Quran n maknanya, Kerana Dengan membaca Al-Quran hidupmu penuh dengan barakah serta panduan hidayah.
-Perbanyakkanlah selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan perbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak perilakunya, hidupmu akan selamat dan tidak akan tersesat dari hidayah Allah.
-Perbanyakkan patuh dan taat pada suamimu, kerana kau adalah amanah Allah buatnya, kerana dengan kepatuhanmu seperti itu akan membuatkanmu berbahagia sampailah ke Jannah
-Perbanyakkan bangun di sepertiga malam solat tahajjud bermunajat kepada Tuhanmu, kerana dengan itu kau pasti mendapat kemanisan Iman yang kuat n teguh kepada Allah.
-Perbanyakkanlah menutup keaiban suamimu kerana dengan itu, Allah akan menutup keaibanmu di dunia dan di Akhirat ketika dihimpunkan manusia di Mahkamah Allah.
-Perbanyakkanlah berdiam ketika suamimu sedang mengalunkan nasihat berhikmah padamu, kerana dengan itu membuatkan suamimu tenang dan menfirasatkanmu sebagai isteri yang taat dan patuh.
-Perbanyakkanlah mendidik amanah anakmu dengan Syariatillah Azza Wa jalla, kerana dengan itu hidupmu akan sentiasa diawasi, dilindungi serta di jaga Allah. (Ihfazillah Yahfazka)
-Perbanyakkanlah mengingati Mati kerana dengan itu akan melembutkan hatimu serta dapat mematikan keinginanmu kepada dunia yang bakal hancur dan musnah !
-Perbanyakkan kemesraanmu bersama sahabat-sahabatmu dan menyambungkan silaturrahim bersama ahli keluarga terdekatmu, kerana dengan itu hidupmu tiada dibelenggu musuh.
-Perbanyakkan rasa ikhlas dalam berniat melakukan amal ibadah kepada Tuhanmu sebagai bekalan menuju Allah Di Yaumul Qiamah.
-Perbanyakkan mengamalkan zikir n tasbih Fatimah Az-Zahrah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar kerana ia adalah nasihat berharga dari Rasulullah S.A.W untuk meraih inayah Allah sebagai amalan bagi wanita Muslimah.
dipetik dari il

No comments:

Post a Comment