Tuesday 25 August 2015

time goes too fast..

Bismillahirahmannirahiim..

Alhamdulillah, masih lagi diberikan nafas untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini.
Sudah lama rasanya aku tak tulis or update apa-apa kat blog ni. rase macam dah lame kutinggalkan.
Padahal aku bukan seorang penulis yang bagus, cume kadang2 tu aku boleh luahkan segala perasaan marah, x puas hati, dan segala bagai kat blog ni.. aku punye kan, so?? anyone do angry with me..just want to let go all my feeling..hahahahh..kan dah ke laut. apa saje la aku merepek nie.

lets start our story since i'll be here..here??where?? ok, for your information out there yg tak tau di mane i berada skrg, i telah pun move ke shah alam. ade dlm 3years aku PJJ with my loving husbands. senyum siket.. (n___n). i have two gurl yg very cute daughter dan juga bermacam2 perangai bile sedang membesar nie. hihihihi..ye la dulu kan duk jauh2, sekarang dah dekat2, bak kate orang senang nak bergerak. ehh.. yeke?? macam x jgk. depends on situation jgk la. kalau ada yg x cukup tido mula la perang dunia yg ke berapa kali la agaknye. dah masuk pon waktu solat kat sini..better aku p solat dulu memandangkan ade event wajib petang ni. so, this entry will continue tomorrow la yek..

Sekian.

Tuesday 5 March 2013

check up 17 minggu

assalammualaikum dan salam sejahtera...

ari ni aku ada appointment ngan KDTB jam 8.00 pagi..
as usual aku akan pegi seawal yg mungkin n sampai ke klinik kul 7.35pagi..ok la kan..
kalau dah nama pegi check up klinik untuk ibu mengandung baik la datang seawal yg mungkin, kang x pasal2 dpt no lambat..balik pon lambat...dah le dlm kepala ada bnyk benda terpikir ngan keje.huhuhuh
ok..mula2 timbang berat..and the result was not in my expectation..seriously, up to 2.5kg eventhough aku timbang kat umah hanya naik satu kg jer...whatt???  oohh no...dalam hati dah berdebar2 takut kena minum air gula for the next month check up. hurmm...sabar je la setakat nie.
then, continue urine test-ok-, tekanan darah -ok-, last masuk bilek cek pewot. cek heartbeat masih x berapa dengar,maybe kecik lagi..yelah,aku pon x rase ape2 lagi xpon aku x perasan langsung.hehehhe..
sesudah cek ape yg patot..aku diberikan nasihat oleh staff nurse yg bertugas mengenai penjagaan kandungan, minum susu untuk pembentukan tulang yg sihat, kurangkan makanan berat, lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan..n lastly, i need to come back here KDTB for mgtt test on the next week not next month.glupppp...cepatnyer...adoiyai....sudah la lately aku kerap minum air manis2 plus air sejuk coz cuaca yg panas. huhuhuhuhu..
lepas ni jumpa lagi on next tuesday yer for mgtt... -->>>>

Wednesday 6 February 2013

:: it's about our journey ::

Ari ni aku nak citer pasal perjalanan balik aku dari shah alam ke Melaka..aku naik bus malam tu jam 8.30 mlm sambil dihantar oleh incik suami n puteri kesayanganku serta adik iparku di stesen bus sek. 17.boleh dikatakan seat mmg penuh la sampai seat aku orang lain dah amek..apalagi beralah la aku duk seat depan no 2. Lepas aku naik, si ayah , auni n sil pon balik ke rumah..after few second baru bus bergerak meneruskan perjalanan.. pada mulanye lagi aku dah perasan ade bunyi angin yg kuat kat bus tu tp malas nak fikir,,buat x reti aje.aku lak rase pening pale dat time,,so cara terbaik ialah tido tp xleh gak..jadi lelapkan aje la mate  nie..ntah sampai mane betul2 tertidur tp rase mcm kejap jer kot..sedar mase bus dah berenti kat tepi highway. Jeng3x..what happen?? So surprise.. ade suara2 kat blkg cakap yg macam2. Actually driver pegi cek problem tu..ConFiRm  belon angin pecah,skru ape ntah tercabut….angin tayar pon dah kurang..sorg la sebelah drvr ckp kena berjalan dlu n berenti di jalan yg naik bukit coz klu berenti di jalan yg turun bukit ia akan membahayakan penumpang..dan bile bus mule bergerak mule la ade bau2 hangit disebabkan tayar sudah betul2 pancit. mEmAng x dpt diteruskan smpi ke Melaka tau x…dengan pantas aku dengar driver bus call Plus Highway n call geng Transnasional yg mane turun ke Melaka. Syukur Alhamdulillah, ade lah satu bus dari Klia/Lcct ke Melaka yg akan lalu dalam mase 15-20 minit lagi..tp hanya cukup untuk 15 orang shj penumpang. Manakala, selebihnya kena tggu bus lain atau bus baru sbb ade 27 org include  driver. Apalagi aku pon standby kan beg n cepat2 turun..maka dapat la ku sampai umah dengan cepat..klu x sure lmbt lg aku smpi umah..bus pon jalan selepas penumpang yg lain td naik..laju juga mamat ni bwk..bile aku nampak jer signboard 2km ke simpang empat/tampin,aku terus call dak alang gtau die.. alih2 tgk bus masuk smpg 4 lak,ok la. Tup2 tgok pusing kuar..eh2 bus ni nak gi mane lak..main2 ker..rupa2 nye,ade penumpang nak turun kat tol ayer keroh,so die u-turn kuar tol n masuk h/way ke tol ayer keroh. aissshhhh,,kalut betol la..aku pon smbg tdo2 ayam aku tadi tu..dan kali ni mmg xleh nak tidur..sampailah ke tol ayer keroh..sampai Melaka sentral pon dah nak dekat 11.25PM..turun2 tgk ayah aku dah sampai..sampai umah dekat 11.45pm sbb malam kan x bnyk kete..smpi umah bukan aku terus masuk tido..tp gosok baju nak keje sok ari nyer..penat x yah nak citer.heheheh..

    ~ The End ~

Tuesday 5 February 2013

1st day buat buku merah for the second time

bismillahhirahmannirahim..

ari ni aku pegi jugak ke klinik untuk buka buku merah utk second baby.. :)
giler lame aku menunggu...last2 tye semula kat nurse bile nak buat kad saye nie n tell them aku nak buka buku merah tp nombor x amek lagi...sekali die suh aku amek no n nombor aku adalah 23 i guest..hahhahha..i terlupe la..pergghhhh..lame betul aku menongkat dagu kat dalam tue..kalau bawak si kakak pon ok gak tp takut die bosan dok lame2 kat situ..tu pasal la aku x bwk..xoxoxoxo....
tapi kena amek darah utk cek jenis darah..bile sampai turn jumpe nurse kat dalam die tye aku ade makan ubat perancang x n my answer is not yet.hahhahaha..tp period mmg x teratur pas bersalin ari tu..tau2 jer dah ade,,rezeki Allah nak bagi cepat kan..Alhamdulillah.. (^_^)...n lepas bersalin second kena rancang betul2 kata nurse..what do i do is just smile (^___________________^)...baik la..
then, jm kate aku kena jumpe doktor ari kamis..alamak kuar lagi ker..ala,,boleh x jumpa dktr ari ni gak...lagipon saye xnak dtg ari kamis kot2 ade keje ker nanti....so,jm kate "awk pergi klinik sg udang kate nak jumpe doktor"..apalagi jam dah menunjukkan waktu 11.50 pagi aku terus continue pi sane secepat yg mungkin,,race lagi aku.hihihihih..sampai2 klinik dah kul 12.20pm..ermm,,sempat lagi ni kot..aku g kaunter n ckp nak tumpang tp jumpa doktor..n u know my turn was the last is about 1pm masuk bilek..dktr tye pasal ape,aku bg explain sikit2 then dia ckp dtg sini semula jam 2petang utk scan pewot..dalam hati "eh,awalnye scan baru 13 minggu kot, confirm x nampak sgt  lagi"..ok-

aku pon balik ke rumah makan dan solat then continue pi klinik sbb petang nya aku ade hal lain pulak. oh ye, anakku kat rumah ayah n nenek atok nye di shah alam..kire free sikit la.x jugak aku yg demam rindu pada si tecik ku itu...eh2,dah melalut lak aku ckp nie..

ok,tepat jam 2 aku tiba di klinik utk scan pewot,dapat no 3..hahhaha..ok kan..even dah kul 2.15 pon x start lagi.nak dekat 2.30 bru lah start..huhh..penat menunggu..scan punye scan pon x nmpk sgt sbb x berapa jelas...so..aku kena repeat scan on 19/2/2013..wahahahah.....yelah...kemudian, dah boleh balik..



Monday 28 January 2013

~ cara mendidik anak ~

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday 9 January 2013

~ petua oh petua ~

Petua menghilangkan batuk dan selsema pada bayi:-

1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.

2. Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi. 

3. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

sumber : http://me-hachi.blogspot.com

and one more ade yang kate sapu minyak panas kat belakang punggung kat hujung tulang belakang bayi sebab urat hidung bersambung kat situ. Insya'allah. sumber : http://semuamolek.blogspot.com