Wednesday 7 November 2012

come back....

hahahha..lawak kan tajuk aku..bukan baru pon masuk keje ...rase mcm dah sebulan kot bru aku update.
nampak sgt aku x rajin update aku nye blog.huahuahuaaa...

Wednesday 28 March 2012

:: kEbaikAn sUjuD dALam sOLaT ::

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


3. Melegakan sakit hernia.


4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.


7. Meringankan bahagian pelvis.


8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.


9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.


10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.


12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).


13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.


15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Sumber | melayukini.net
 

Monday 20 February 2012

:: Amalan Ketika Mengandung ::

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

Friday 3 February 2012

:: teNtAnG mAsa ::

pejam celik pejam celik sekejap jer mase berlalu..ape yg kite dah buat dalam tempoh mase tu. fikir2kan lah. sudah cukupkah amalan kite terhadap Allah swt? atau kite hidup di dunia ini semata-mata mahu mengejar kemewahan dunia. cube fikirkan sejenak "MASA ITU EMAS". kalau dulu zaman aku kecik2, masa tu lambat sgt & aku selalu merungut lambatnyer mase nie. sekarang dah terbalik jadinya.Daripada zaman kanak-kanak hinggalah ke dewasa,banyak perkara sebenarnya yg berlaku dan kite buat sepanjang dat time.Bermula daripada kite kecil as baby, menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan kini dewasa sebelum masuk waktu berusia.

Bengkel Solat Ketika Sakit

Aku telahpon selamat menghadiri Bengkel Solat Ketika SAkit di tingkat 16, Bilik Seminar,KBM.
Title mmg best coz aku dah lame x attend bengkel2 ilmu like this.of course la i'm so excited.hihihi..as usual, before majlis bermula adelah makan(breakfast). pendaftaran agak lewat sedikit walaupon aku dah sampai awal tp xla awal sgt.hehehehe..kalau diikutkan time sekolah dulu mmg ade belajar tp biasela manusia, kalau sakit dijadikan alasan x mau solat walaupon dah tau solat itu wajib.

Syarat wajib solat:-
- Islam
- Baligh
- Berakal

Jenis-jenis solat:-
a) Duduk
b) Baring

to be continue later..
:)